Tuesday 20 January 2015

Resepi Cekodok Pisang Syiok!!

Lamanya xupdate blog! apa yang busy sangat tu pon entahla..hihi
Sebenarnya dah draft entry untuk resepi kari ikan merah. Tapi atas sebab2 tertentu, xdapat nak post sebagai resepi pertama dalam blog ni. Jadinya, ieja start dulu dengan simple resepi. Resepi Cekodok Pisang Syiok!! hahaha.. simple je pun tapi xkira, ieja nak share gak.. ;P

Bahan-bahan:
7 pisang (saiz 9-10cm)
3 cawan tepung gandum
2 cawan air (suhu biasa)
1/3 sudu teh soda bikarbonat 
1/2 sudu teh garam 
1 sudu teh gula merah
2 sudu besar gula pasir

Cara-cara:
1. Kupas pisang. Buang urat tengah. Lenyekkan sampai hancur (ada orang yang blend, tapi kalau pisang sikit je, lenyekkan pon ok). Masukkan gula merah.
2. Campurkan tepung gandum + soda bikarbonat + gula pasir + garam. Gaul2 sampai rasa sebati. Masukkan air dan gaul2 lagi.
3. Masukkan pisang lenyek (dah campur gula merah) ke dalam adunan tepung tadi. Gaul2 lagi sampai sebati.
4. Tinggalkan dalam 10-15 minit supaya tepung sedikit naik.
5. Panaskan minyak sehingga betul2 panas.
6. Masukkan tepung dengan menggunakan tangan supaya bentuknya cantik, bulat2. Nak pakai sudu pon bole.

Kalau nak warna lebih gelap, pastikan pisang betul2 masak ranum dan lebihkan gula merah. ok?

Tadaaa!!! ni la hasilnya..Selamat Mencuba :)


 



Thursday 8 January 2015

Tips dan Cara Nak Kurus

Hai semua!! Harini rasa nak berkongsi  tentang macam mana nak kurus, versi Herniza (ehemm!! bajet glamour la pulak..kikiki) Saya jenis yang suka buat experiment tentang diri saya, antaranya tentang pemakanan dan kesannya pada diri saya sendiri.

Buat masa sekarang, berat ‘kurus’ saya adalah 41-42 kg manakala berat ‘gemok’ saya 45 kg (xnaik xturun..serius! maintain je) Untuk turun, sangat2 la makan masa. Tapi untuk naik, sangat mudah dan cepat..adehhh!!

Kajian saya tentang kawalan berat badan;
Bila berat saya ‘gemok’, ada beberapa perkara yang boleh membuatkan berat saya ‘kurus’ 
>>> Makan biasa2 saja, xikut nafsu. Bukan tahan makan, tapi tidak berlebih-lebihan 
>>> Kurangkan tetido lepas makan. Memang elakkan la kalau bole 
>>> Tak minum ais. Minum air suam terutamanya limau suam

Agak makan masa, dalam SEBULAN lebih macam tu barulah saya dapat berat ‘kurus’.
Gambar sekadar ilustrasi
Bila berat saya ‘kurus’ pula, perkara yang boleh membuatkan berat saya ‘gemok’ 
>>> Makan terlalu banyak (terutamanya bila balik kampong, makanan banyak, pelbagai dan sentiasa ada) 
>>> Lepas makan kenyang2, terus tido (ni adalah punca UTAMA yang membuatkan badan saya naik sangat cepat) terutamanya waktu lunch di ofis lepas tu masuk surau nak ‘take a nap’ dan juga makan sebelum tido malam. 
>>> Lepas makan, minum air berais atau air sejuk!

3 faktor ni saja boleh menaikkan berat saya dari ‘kurus’ ke ‘gemok’ dalam masa xsampai seminggu pon..xsampai SEMINGGU ok!! Nak turunkan sebulan lebih, nak naikkan xsampai seminggu..aduyai~

Jadi pesanan saya bagi mereka-mereka yang nak kurus melalui pemakanan; 
>>> Kawal makanan. Kurangkan atau elakkan makanan berminyak dan berlemak. 
>>> Jangan tido lepas makan kenyang2 
>>> Elakkan minuman sejuk dan berais 

InsyaAllah bole kurus. Cara ni sangat menjadi untuk saya. Mana la tahu menjadi juga buat anda? Selamat Mencuba!! :)


Wednesday 7 January 2015

Makanan Sunnah & Realiti Masa Kini

Di sini, saya ingin membuat sedikit rumusan tentang artikal yang saya baca di laman web rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Produk berasaskan ‘makanan sunnah’ sudah menjadi trend masa kini dan permintaan sangat tinggi dikalangan Umat Islam terutamanya sebagai inisiatif dalam penjagaan kesihatan. Persoalannya, benarkan memberi impak, atau sekadar ‘lega’ kerana mengikut sunnah nabi?

Perkara ini perlu dikaji secara mendalam. Mungkin akan ada yang cepat termelatah bila diusulkan tentang kajian. Sejelasnya, bukan untuk meragui, malah jauh sekali untuk menolak kerana telah jelas dicatatkan di dalam ayat suci al-quran, juga dalam hadith tentang kebaikan makanan-makanan ini. Cuma sekadar bukti pengukuhan, supaya masyarakat tidak disogok sewenang-wenangnya dengan dakwaan yang tidak berasas. 

Saya amat tertarik dengan isi artikal mengenai konsep makanan halal, tayyib dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Bukan dengan menyempitkan minda bahawa makanan sunnah sahaja yang baik dan elok dimakan.

Petikan dari artikal;
"Satu perkara penting yang perlu diambil kira dalam konteks perbincangan ini ialah saranan Nabi Muhammad SAW dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan. Secara semulajadinya, amalan kebiasaan atau kelaziman adalah seperti tabiat bagi seseorang manusia. Ia mempunyai kesan besar terhadap tubuh badan. Sepertimana seorang ahli perubatan Arab iaitu Harith bin Khaladah mengungkapkan, "pencegahan adalah inti pengubatan. Perut adalah sumber penyakit. Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan." Maka dengan itu, adalah lebih baik sekiranya kita juga meneroka dan menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan jua ubatan.

Apa yang penting, kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/ pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW."

Rumusan pendek yang saya boleh buat, makanan sunnah memang sangat elok. Tetapi sumber makanan lain yang berkhasiat juga adalah elok. Kajian saintifik perlu dibuat bukan untuk menidakkan, tetapi mengukuhkan bukti supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan atas nama 'makanan sunnah'. Terbuka minda saya bila baca artikal ni. Ada banyak lagi isi yang bagus. Artikal penuh, boleh baca di Memecah Dimensi "Makanan Sunnah" Dan Realiti Hari Ini

Sunday 4 January 2015

Penawar Sakit Kepala & Migrain

Cari punya cari, jumpa 1 cara yang saya rasa sangat bagus untuk hilangkan sakit kepala. Saya dapat info ni dari Ustaz Sharhan dari rancangan Tanyalah Ustaz.

Caranya;



Baca Ayat 19 Surah Al-Waqi'ah di atas tapak tangan kanan. Kemudian sapu tapak tangan kanan di atas kepala, dengan niat untuk sembuh. InsyaAllah dengan izin Allah, akan hilang rasa sakit tu :)

Saya juga ada baca, boleh juga guna cara di bawah ni;
Baca 7x selepas solat; selawat dan ayat 19 kemudian tiup atas air dan minum.

InsyaAllah mudah-mudahan boleh menghilangkan rasa sakit tu. Jangan berhenti berikhtiar dan berusaha. Allah yang beri sakit, Allah juga yang beri sembuh :)
 
Semoga perkongsian ni bermanfaat!!

Friday 2 January 2015

2014 in Memory :)

Da masuk da tahun 2015. Selamat tinggal 2014 bersama kenangan2 yang indah :)

Apa yang paling penting berlaku dalam tahun 2014?
Saya dan encik diijabkabulkan..Alhamdulillah..nah belanja gamba sikit :)

Johor 1
Johor 2
Terengganu 1
Terengganu 2

Peristiwa penting lain, mestila honeymoon!! hihi..tapi kecil-kecilan aje. Pegi jalan2 kat Cameron Highland..nah belanja 1 gamba. 

Antara gamba favorite :)
Tahun 2014 sangat penuh suka dan duka, lagi2 bila dah bergelar isteri ni. Apep0n, bersyukur sangat2 dikurniakan suami yang sangat baik dan lembut..love you till jannah abang..insyaAllah :)