Wednesday 7 January 2015

Makanan Sunnah & Realiti Masa Kini

Di sini, saya ingin membuat sedikit rumusan tentang artikal yang saya baca di laman web rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Produk berasaskan ‘makanan sunnah’ sudah menjadi trend masa kini dan permintaan sangat tinggi dikalangan Umat Islam terutamanya sebagai inisiatif dalam penjagaan kesihatan. Persoalannya, benarkan memberi impak, atau sekadar ‘lega’ kerana mengikut sunnah nabi?

Perkara ini perlu dikaji secara mendalam. Mungkin akan ada yang cepat termelatah bila diusulkan tentang kajian. Sejelasnya, bukan untuk meragui, malah jauh sekali untuk menolak kerana telah jelas dicatatkan di dalam ayat suci al-quran, juga dalam hadith tentang kebaikan makanan-makanan ini. Cuma sekadar bukti pengukuhan, supaya masyarakat tidak disogok sewenang-wenangnya dengan dakwaan yang tidak berasas. 

Saya amat tertarik dengan isi artikal mengenai konsep makanan halal, tayyib dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Bukan dengan menyempitkan minda bahawa makanan sunnah sahaja yang baik dan elok dimakan.

Petikan dari artikal;
"Satu perkara penting yang perlu diambil kira dalam konteks perbincangan ini ialah saranan Nabi Muhammad SAW dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan. Secara semulajadinya, amalan kebiasaan atau kelaziman adalah seperti tabiat bagi seseorang manusia. Ia mempunyai kesan besar terhadap tubuh badan. Sepertimana seorang ahli perubatan Arab iaitu Harith bin Khaladah mengungkapkan, "pencegahan adalah inti pengubatan. Perut adalah sumber penyakit. Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan." Maka dengan itu, adalah lebih baik sekiranya kita juga meneroka dan menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan jua ubatan.

Apa yang penting, kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/ pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW."

Rumusan pendek yang saya boleh buat, makanan sunnah memang sangat elok. Tetapi sumber makanan lain yang berkhasiat juga adalah elok. Kajian saintifik perlu dibuat bukan untuk menidakkan, tetapi mengukuhkan bukti supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan atas nama 'makanan sunnah'. Terbuka minda saya bila baca artikal ni. Ada banyak lagi isi yang bagus. Artikal penuh, boleh baca di Memecah Dimensi "Makanan Sunnah" Dan Realiti Hari Ini

No comments:

Post a Comment