Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Retroverted Uterus atau Rahim Terbalik

Pada 11/10/2014 (Sabtu) aritu, saya dan suami buat full body check up kat I-Heal Medical Centre Mid Valley. Cerita penuh sepanjang screening tu dan result semuanya saya akan share pada entry yang akan datang..insyaAllah...

Cuma satu yang saya nak share dalam entry ni, tentang RU - Retroverted Uterus.
Apakah itu retroverted uterus @ rahim terbalik?



Rahim terbalik ialah kedudukan rahim yang condong kebelakang manakala bagi rahim normal lazimnya mencondong sujud ke hadapan. Menurut kajian, 20% kaum wanita didapati memiliki rahim yang terbalik atau dikenali juga sebagai 'tipped uterus', 'retroverted uterus' atau tilted uterus', manakala 80% memiliki rahim yang normal.

Oh? maksudnya saya adalah golongan yang special 20% tu!! Doktor yang scan rahim saya tu kata rahim saya mengadap ke belakang @ RU. Subhanallah..semua tu kejadian Tuhan. Sekarang saya tengah cuba cari info tentang RU, terutamanya untuk mendapatkan zuriat. Sebab apa yang saya baca buat masa sekarang, golongan RU ni kena ada special action untuk dapatkan zuriat. Cara biasa susah nak lekat orang kata. Tapi apep0n, semua tu kuasa siapa? Kuasa Allah..kita hanya mampu berusaha berdoa dan bertawakal ya :)

Saya tengah mencari geng2 RU sekarang ni...anda pon? jom jadi geng! hehe

Saya golongan RU dan saya special ;)


Saturday, 27 September 2014

Klinik Pakar Wanita Suria

Hai semua..seperti yang dijanjikan, harini nak update apa hasil pegi check kat klinik tadi..sebenarnya nak check pagi, tapi rupanya doktor tu ada malam je..siang ada kat Hospital Pantai Cheras..jadinya, buat appointment malam la..saya dan suami pon balik semula pagi tadi...
Nak dijadikan cerita, dan-dan la malam ada appointment, pukul 6.30 petang camtu ada darah keluar.. (oihhh??) punyala nak sedapkan hati, bleeding je kot ni sebab kemas-kemas dan buat keja berat sikit tadi..tapi rasa senak-senak..ah sudah..macam period ni!

Tapi kami amek keputusan nak teruskan je dengan appointment tu..if memang xde rezeki, sekurang-kurangnya bole tanya-tanya pendapat doktor dan check rahim ok ke x..bila scan, rahim kosong je pon..huuu, agak sadis disitu..lom ada rezeki lagi..tapi agak pelik kenapa la lewat sampai 2 minggu lebih tu? xpernah terjadi ni...

Doktor kata mungkin sebab hormon..alahai hormonku, kenapakah dikau..huhu..sebelum bersurai tadi, doktor sempat la bagi formula-formula matematik..eh?? hehe..formula-formula penting la..isk segan la nak kabo..haha...

Sekian, itu saja update dari saya..walaupun agak sedih sebab lom ada rezeki anak, tapi saya bersyukur sebab rahim saya sihat..bebas cyst or fibroid..Alhamdulillah..insyaAllah satu masa nanti, akan ada rezeki buat kami juga..aminnn :)

Ni details klinik tu..nice, dr. suriati tu baik :)


Klinik Keluarga & Klinik Pakar Wanita Suria
Jalan Damai Raya, Alam Damai
No Tel: 03-91057620 

(if nak datang, telefon dulu dan buat appointment..doktor ada dalam kol 6.30 petang sampai kol 10 malam..selasa khamis tutup ya..)

Friday, 26 September 2014

Debaran Hari Esok

Apa yang berdebo sangat esok tu? hehe
Nak dipendekkan cerita, esok hari yang ke51 dari tarikh last period...
So dapat hint sikit2 x pasal apa? ;)

Buat apa nak debo kan? check jela guna test kit..haa, tu la yang debonya! dah check tiga kali lepas dari tarikh sepatutnya datang period, tapi tiga2 negatif (xkeluar 2 lines..sepatutnya kalau positif pregnant, ada 2 lines)

Jadi, esok cadang ngan encik suami nak pegi klinik, untuk direct scan sama ada pregnant atau x..tu yang debo tu oiii! hehe..tapi apep0n, Allah lebih tau apa yang terbaik buat hambaNya..apep0n keputusan esok, harap kami redha dengan segala ketentuan Allah..insyaAllah...

Korang semua doakan ya!! kami da kawin nak masuk 9 bulan..harapnya kali ni ada la rezeki zuriat buat kami..amin..esok saya update result ya!! 

PrayForHernizaSazali~ :)