Wednesday 31 December 2014

Tegang Leher, Bahu dan Sakit Kepala

Ok, entry ni sekadar nak meluahkan sedikit rasa, yang saya rasa hanya orang yang pernah alami sahaja yang faham macam mana keadaan tu;

Tegang Leher, Bahu & Sakit Kepala 

Saya jarang sakit, demam ke selsema ke batuk ke. Tapi 2 benda ni, saya selalu sangat kena. Bukan yang biasa2, tapi rasa macam nak pecah kepala, nak mengamok pon ada. Migrainkah?? saya rasa tak. Mungkin adik-beradik kepada migrain.

Gambar sekadar ilustrasi

Apa yang saya perasan, saya akan kena macam ni, kalau;

>>> stress kerja 
(duduk lama depan komputer, tangan kat keyboard..mungkin ergonomik)
>>> buat kerja-kerja rumah yang agak berat dan berterusan
(macam bagi pressure kat otot-otot; menyental, memberus, angkat-angkat perabot etc)
>>> rewang
(dah penat kaw-kaw, dan mengantuk. tapi paksa diri untuk buat lagi kerja, lagi dan lagi) 
>>> travel tapi kena tahan ngantuk. nak tido tapi keadaan xselesa. posture tido xbetul
>>> untuk perisa tambahan, keadaan cuaca yang panas, terik dan menyilaukan

Ada antaranya ni, pakej lengkap la nak kena sakit kepala dan tegang leher, bahu!!
Tension dan stress sangat kalau kena..xsuka..xsuka..xsuka!!! tapi saya selalu je kena.. :'( 
Mudah-mudahan satu masa nanti akan jumpa juga penawarnya.....

No comments:

Post a Comment