Tuesday, 20 January 2015

Resepi Cekodok Pisang Syiok!!

Lamanya xupdate blog! apa yang busy sangat tu pon entahla..hihi
Sebenarnya dah draft entry untuk resepi kari ikan merah. Tapi atas sebab2 tertentu, xdapat nak post sebagai resepi pertama dalam blog ni. Jadinya, ieja start dulu dengan simple resepi. Resepi Cekodok Pisang Syiok!! hahaha.. simple je pun tapi xkira, ieja nak share gak.. ;P

Bahan-bahan:
7 pisang (saiz 9-10cm)
3 cawan tepung gandum
2 cawan air (suhu biasa)
1/3 sudu teh soda bikarbonat 
1/2 sudu teh garam 
1 sudu teh gula merah
2 sudu besar gula pasir

Cara-cara:
1. Kupas pisang. Buang urat tengah. Lenyekkan sampai hancur (ada orang yang blend, tapi kalau pisang sikit je, lenyekkan pon ok). Masukkan gula merah.
2. Campurkan tepung gandum + soda bikarbonat + gula pasir + garam. Gaul2 sampai rasa sebati. Masukkan air dan gaul2 lagi.
3. Masukkan pisang lenyek (dah campur gula merah) ke dalam adunan tepung tadi. Gaul2 lagi sampai sebati.
4. Tinggalkan dalam 10-15 minit supaya tepung sedikit naik.
5. Panaskan minyak sehingga betul2 panas.
6. Masukkan tepung dengan menggunakan tangan supaya bentuknya cantik, bulat2. Nak pakai sudu pon bole.

Kalau nak warna lebih gelap, pastikan pisang betul2 masak ranum dan lebihkan gula merah. ok?

Tadaaa!!! ni la hasilnya..Selamat Mencuba :)


 



Thursday, 8 January 2015

Tips dan Cara Nak Kurus

Hai semua!! Harini rasa nak berkongsi  tentang macam mana nak kurus, versi Herniza (ehemm!! bajet glamour la pulak..kikiki) Saya jenis yang suka buat experiment tentang diri saya, antaranya tentang pemakanan dan kesannya pada diri saya sendiri.

Buat masa sekarang, berat ‘kurus’ saya adalah 41-42 kg manakala berat ‘gemok’ saya 45 kg (xnaik xturun..serius! maintain je) Untuk turun, sangat2 la makan masa. Tapi untuk naik, sangat mudah dan cepat..adehhh!!

Kajian saya tentang kawalan berat badan;
Bila berat saya ‘gemok’, ada beberapa perkara yang boleh membuatkan berat saya ‘kurus’ 
>>> Makan biasa2 saja, xikut nafsu. Bukan tahan makan, tapi tidak berlebih-lebihan 
>>> Kurangkan tetido lepas makan. Memang elakkan la kalau bole 
>>> Tak minum ais. Minum air suam terutamanya limau suam

Agak makan masa, dalam SEBULAN lebih macam tu barulah saya dapat berat ‘kurus’.
Gambar sekadar ilustrasi
Bila berat saya ‘kurus’ pula, perkara yang boleh membuatkan berat saya ‘gemok’ 
>>> Makan terlalu banyak (terutamanya bila balik kampong, makanan banyak, pelbagai dan sentiasa ada) 
>>> Lepas makan kenyang2, terus tido (ni adalah punca UTAMA yang membuatkan badan saya naik sangat cepat) terutamanya waktu lunch di ofis lepas tu masuk surau nak ‘take a nap’ dan juga makan sebelum tido malam. 
>>> Lepas makan, minum air berais atau air sejuk!

3 faktor ni saja boleh menaikkan berat saya dari ‘kurus’ ke ‘gemok’ dalam masa xsampai seminggu pon..xsampai SEMINGGU ok!! Nak turunkan sebulan lebih, nak naikkan xsampai seminggu..aduyai~

Jadi pesanan saya bagi mereka-mereka yang nak kurus melalui pemakanan; 
>>> Kawal makanan. Kurangkan atau elakkan makanan berminyak dan berlemak. 
>>> Jangan tido lepas makan kenyang2 
>>> Elakkan minuman sejuk dan berais 

InsyaAllah bole kurus. Cara ni sangat menjadi untuk saya. Mana la tahu menjadi juga buat anda? Selamat Mencuba!! :)


Wednesday, 7 January 2015

Makanan Sunnah & Realiti Masa Kini

Di sini, saya ingin membuat sedikit rumusan tentang artikal yang saya baca di laman web rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Produk berasaskan ‘makanan sunnah’ sudah menjadi trend masa kini dan permintaan sangat tinggi dikalangan Umat Islam terutamanya sebagai inisiatif dalam penjagaan kesihatan. Persoalannya, benarkan memberi impak, atau sekadar ‘lega’ kerana mengikut sunnah nabi?

Perkara ini perlu dikaji secara mendalam. Mungkin akan ada yang cepat termelatah bila diusulkan tentang kajian. Sejelasnya, bukan untuk meragui, malah jauh sekali untuk menolak kerana telah jelas dicatatkan di dalam ayat suci al-quran, juga dalam hadith tentang kebaikan makanan-makanan ini. Cuma sekadar bukti pengukuhan, supaya masyarakat tidak disogok sewenang-wenangnya dengan dakwaan yang tidak berasas. 

Saya amat tertarik dengan isi artikal mengenai konsep makanan halal, tayyib dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Bukan dengan menyempitkan minda bahawa makanan sunnah sahaja yang baik dan elok dimakan.

Petikan dari artikal;
"Satu perkara penting yang perlu diambil kira dalam konteks perbincangan ini ialah saranan Nabi Muhammad SAW dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan. Secara semulajadinya, amalan kebiasaan atau kelaziman adalah seperti tabiat bagi seseorang manusia. Ia mempunyai kesan besar terhadap tubuh badan. Sepertimana seorang ahli perubatan Arab iaitu Harith bin Khaladah mengungkapkan, "pencegahan adalah inti pengubatan. Perut adalah sumber penyakit. Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan." Maka dengan itu, adalah lebih baik sekiranya kita juga meneroka dan menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan jua ubatan.

Apa yang penting, kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/ pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW."

Rumusan pendek yang saya boleh buat, makanan sunnah memang sangat elok. Tetapi sumber makanan lain yang berkhasiat juga adalah elok. Kajian saintifik perlu dibuat bukan untuk menidakkan, tetapi mengukuhkan bukti supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan atas nama 'makanan sunnah'. Terbuka minda saya bila baca artikal ni. Ada banyak lagi isi yang bagus. Artikal penuh, boleh baca di Memecah Dimensi "Makanan Sunnah" Dan Realiti Hari Ini

Sunday, 4 January 2015

Penawar Sakit Kepala & Migrain

Cari punya cari, jumpa 1 cara yang saya rasa sangat bagus untuk hilangkan sakit kepala. Saya dapat info ni dari Ustaz Sharhan dari rancangan Tanyalah Ustaz.

Caranya;



Baca Ayat 19 Surah Al-Waqi'ah di atas tapak tangan kanan. Kemudian sapu tapak tangan kanan di atas kepala, dengan niat untuk sembuh. InsyaAllah dengan izin Allah, akan hilang rasa sakit tu :)

Saya juga ada baca, boleh juga guna cara di bawah ni;
Baca 7x selepas solat; selawat dan ayat 19 kemudian tiup atas air dan minum.

InsyaAllah mudah-mudahan boleh menghilangkan rasa sakit tu. Jangan berhenti berikhtiar dan berusaha. Allah yang beri sakit, Allah juga yang beri sembuh :)
 
Semoga perkongsian ni bermanfaat!!

Friday, 2 January 2015

2014 in Memory :)

Da masuk da tahun 2015. Selamat tinggal 2014 bersama kenangan2 yang indah :)

Apa yang paling penting berlaku dalam tahun 2014?
Saya dan encik diijabkabulkan..Alhamdulillah..nah belanja gamba sikit :)

Johor 1
Johor 2
Terengganu 1
Terengganu 2

Peristiwa penting lain, mestila honeymoon!! hihi..tapi kecil-kecilan aje. Pegi jalan2 kat Cameron Highland..nah belanja 1 gamba. 

Antara gamba favorite :)
Tahun 2014 sangat penuh suka dan duka, lagi2 bila dah bergelar isteri ni. Apep0n, bersyukur sangat2 dikurniakan suami yang sangat baik dan lembut..love you till jannah abang..insyaAllah :)


Wednesday, 31 December 2014

Tegang Leher, Bahu dan Sakit Kepala

Ok, entry ni sekadar nak meluahkan sedikit rasa, yang saya rasa hanya orang yang pernah alami sahaja yang faham macam mana keadaan tu;

Tegang Leher, Bahu & Sakit Kepala 

Saya jarang sakit, demam ke selsema ke batuk ke. Tapi 2 benda ni, saya selalu sangat kena. Bukan yang biasa2, tapi rasa macam nak pecah kepala, nak mengamok pon ada. Migrainkah?? saya rasa tak. Mungkin adik-beradik kepada migrain.

Gambar sekadar ilustrasi

Apa yang saya perasan, saya akan kena macam ni, kalau;

>>> stress kerja 
(duduk lama depan komputer, tangan kat keyboard..mungkin ergonomik)
>>> buat kerja-kerja rumah yang agak berat dan berterusan
(macam bagi pressure kat otot-otot; menyental, memberus, angkat-angkat perabot etc)
>>> rewang
(dah penat kaw-kaw, dan mengantuk. tapi paksa diri untuk buat lagi kerja, lagi dan lagi) 
>>> travel tapi kena tahan ngantuk. nak tido tapi keadaan xselesa. posture tido xbetul
>>> untuk perisa tambahan, keadaan cuaca yang panas, terik dan menyilaukan

Ada antaranya ni, pakej lengkap la nak kena sakit kepala dan tegang leher, bahu!!
Tension dan stress sangat kalau kena..xsuka..xsuka..xsuka!!! tapi saya selalu je kena.. :'( 
Mudah-mudahan satu masa nanti akan jumpa juga penawarnya.....

Monday, 29 December 2014

Lunch Date with Poi & Husband Poi

Harini saya dan encik ada lunch date dengan one of geng Mbaks, Aan a.k.a Poi!!
(oh, saya x cerita lagi tentang mbaks..nanti saya cerita ok..wajib! hehe)

1st time double date dengan diorang. Last jumpa, masa diorang kawin merdeka aritu. Jumpa semula, poi dah 3 nak masuk 4 bulan da pregnant. Alhamdulillah.. Awal rezeki diorang :)

Aan & Alep belanja makan kat Fish Manhattan Ampang Park arini. Sanggup kitorang redah hujan gerimis dari Menara Tan & Tan sebab ada orang nak belanja..(hahaha). Best dapat borak-borak walaupun sekejap je. Diorang sangat sweet couple. Aan macam biasa dengan blurr-blurr nye..kiki..tapi sangat comel! Sorry poi kena bahan je tadi. Apep0n ko tetap maintain cute dari dulu. Jadi mommy nanti mesti comel gak. heee...

Kitorang doakan korang bahagia dunia akhirat ya. Dan bertambah bahagia dengan bakal kelahiran nanti.. xsaba nak tunggu anak poi keluar!! (opsss sorry cik ja terover excited! hihi)

Nah belanja 1 gamba! (walhal dari kamera poi gak ni..hihi)


Love you poi!! muahhh!!  

Sunday, 28 December 2014

Kenali Minyak Masak ANDA :)

Minyak masak terdiri daripada;
▶ Lemak tepu
▶ Lemak tidak tepu
   》 Mono tidak tepu
   》 Poli tidak tepu

Minyak lemak tepu stabil digunakan untuk penggorengan kerana tahan suhu yang sangat tinggi..tetapi pengambilan yang BERLEBIHAN akan meningkatkan angka kolesterol JAHAT!!

Contoh minyak lemak tepu;
→ Minyak kelapa sawit

Buah kelapa sawit dan minyak yang dihasilkan (ilustrasi)

Minyak mono tidak tepu sangat ELOK untuk meningkatkan kolesterol BAIK.

Contoh minyak mono tidak tepu
→ Minyak zaitun
→ Minyak kelapa

Buah zaitun dan minyak yang dihasilkan (ilustrasi)

Minyak poli tidak tepu mengandungi omega 3 & omega 6. ELOK untuk badan.

Contoh minyak poli tidak tepu
→ Minyak bunga matahari
→ Minyak kacang
→ Minyak badam
→ Minyak Jagung

Bunga matahari dan minyak yang dihasilkan (ilustrasi)

Buah jagung dan minyak yang dihasilkan (ilustrasi)

Nasihat saya:
Minyak tidak tepu x tahan suhu tinggi sebab cepat hangus. Jadi, sediakan 2 minyak di rumah; minyak tepu dan minyak tidak tepu.

Gunakan minyak tepu (minyak kelapa sawit) untuk MENGGORENG dan minyak tidak tipu (minyak zaitun atau minyak jagung misalnya) untuk MENUMIS


"Ke Arah Kehidupan yang Lebih SIHAT"

Friday, 26 December 2014

Persoalan Tentang Full Body Screening @ Check up

Kenapa perlu buat full body screening?
Jawapannya mudah, untuk MENCEGAH! 

Bagaimana dengan screening ni kita boleh mencegah? 
Bila kita buat screening atau check up ni, insyaAllah kita akan dapat detect apa-apa penyakit yang kita xnak (ada ke orang nak penyakit?). Saya x kata 100% kita xkan kena apa-apa penyakit kalau kita buat screening ni, sebab semua tu kerja Allah. Tapi apa plak yang kita bole buat? kita bole ikhtiar untuk jaga kesihatan.

Misalnya bila kita check untuk kanser, dan bila kita buat screening, kita dapat detect ada sel kanser baru nak membiak. Bole rawat awal-awal, xdela da sampai stage 3 4 tu semua baru dapat tahu. Sebab kanser ni, susah nak di detect dengan mata kasar pada awal peringkat.Tu yang kena buat check up tu.

Boleh x kalau x buat full screening, tapi nak buat satu-satu?
Tiada masalah, boleh. Tapi nasihat saya, kena usha beberapa tempat dulu baru buat. Ni bagi mereka-mereka yang nak jimat sikit la. Sebab rasanya kalau pandai cari, ada je tempat yang murah.

Apa yang buatkan saya nak buat full body screening ni?
Sebab saya sedar, yang pemakanan dan gaya hidup zaman sekarang ni sangat-sangat membahayakan kesihatan. Sebab tu untuk pencegahan awal, saya dan encik buat full body screening ni.


..................................................................................................................


Ok saya nak cerita sikit. Masa buat screening untuk organ dalaman, adela borak-borak dengan doktor ni. Antara ayat beliau yang saya xkan lupa;
"Bagusla adik ni muda-muda da buat full check up. xramai umur baye-baye adik ni nak buat benda-benda ni semua. Dah sakit nanti baru nak buat, kadang-kadang dah terlambat. Lagi 1, xramai melayu yang sedar tentang ni. Ramai cina je yang buat body check up ni. Lepas tu yang penuh kat hospital kerajaan tu, orang melayu la. xramai yang sedar dik..xramai.."

Saya sangat setuju! Tapi dalam masa yang sama, xramai yang mampu. Cuma yang mampu tu, kenapa xbuat? Mungkin belom ada kesedaran.....


Result Screening

Ok, sambung entry sebelum ni pasal Full Body Screening

Lepas dah selesai semua screening, kami pon dibagi makan dan minum sebab kena puasa dari malam. Tapi minum air masak bole la, puasa makan je. Tengah syok-syok tunggu order sandwich ngan air milo kat cafe kecik dalam medical centre tu (lupa apa nama cafe tu), nurse panggil pulak. Kata doktor da nak balik, dia nak review result masa tu gak..adehhh!! baru nak makan..huhuhu 

Summary;

Ujian darah; Asid urik encik suami tinggi sikit, tapi masih terkawal. Kolesterol kami pon lebih daripada limit, sepatunya 5.2 tapi kami 5.6 dan 6.2. Tapi doktor kata masih terkawal dan kena jaga makan. Yang lain OK :) Ujian air kencing; Result saya agak cloudy tapi encik suami clear (sampai sekarang jadik bahan..aduyaiii..huuu) Overall OK :) Organ dalaman; Dapat tahu rahim saya terbalik, Retroverted Uterus Yang lain OK :) Jantung; OK:) Kanser; BEBAS :)


Dipendekkan cerita, Alhamdulillah kami berdua sihat luar dan dalam.
Cuma part asid urik encik suami tu, kena jaga makan la. Part kolesterol pon kena jaga makan. Saya pulak kena banyakkan exercise. Walaupun jantung ok, tapi kena bersenam gak untuk kesihatan jantung yang lebih baik. InsyaAllah.. So far kami bebas dari penyakit-penyakit bahaya. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan selamanya begini. Cuma result untuk kanser servik (pap smear) akan dibagi 2 minggu dari tarikh buat ujian. Dan Alhamdulillah, semuanya ok juga :) 

OK, sekian saja tentang result full screening kami. Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh tanya ya. Bagi komen kat ruangan komen, atau mesej 013-6282668. Saya leh ceritakan detail kalau anda berminat nak buat full body screening.. :) eh? saya bukan promoter atau jual apa-apa pasal ni tau. Saya nak bantu bagi info je..heeee :)

Nasihat saya, siapa yang berkemampuan tu, buatlah! pencegahan awal insyaAllah

"Mencegah adalah lebih baik dari merawat"


Wednesday, 24 December 2014

Full Body Screening

Seperti yang telah dijanjikan (2 bulan lebih haaa baru nak update! adehhh), saya akan kongsikan pengalaman saya dan suami buat full body screening (full check-up).

Hari: Sabtu
Tarikh: 11/10/2014
Masa: 8.00 am - 1 pm
Tempat: I-heal Medical Centre, Mid Valley

Sebelum tu, apa full body screening ni? Kenapa buat? haaa...
Full body screening ni dengan erti kata yang mudah, cek seluruh badan luar dan dalam.

Antara screening yang kami buat;
1. Cek darah
2. Cek penglihatan, berat, tinggi
3. Cek pendengaran
4. Cek pernafasan (isipadu paru-paru)
5. X-ray
6. Cek jantung
7. Cek air kencing
8. Cek organ dalaman (bahagian tengah termasuk breast, hati, limpa, pankreas, perut, pundi kencing, ovari/ prostat, rahim etc)
9. Cek kandungan oksigen dalam badan
10. Pap smear (yang ni ladies je ok..hehe)

Banyak kan? hihihihi... 
Antara cerita dan kisah-kisah sepanjang screening;

1. Cek darah
Ok amek darah macam biasa...(xsuka kena amek darah! huhu) Amek 2 sample, xtau untuk apa. Selalunya 1 botol kecik tu je. Kali ni 2 botol kecik.

2. Cek penglihatan, berat, tinggi
Ok yang ni pon biasa2 je. Tapi 1st time cek mata, fail!! rabun sudah mataku...sob3

3. Cek pendengaran
Yang ni lawak. Sentap pon ada jugak..kikiki. Sebelum cek pendengaran, adela dia tanya beberapa soalan tentang ngantuk. Mostly situasi-situasi yang dia cakap tu, saya mengantuk. Jujur jela jawab ngantuk. Lepas abes semua soalan, dia pon kata "ayooo, tala bagus la macam ni cik..cik kuat tido haaa" erkkk! sentap mak..hahaha 

4. Cek pernafasan (isipadu paru-paru)
Yang ni dia suruh letak alat dalam mulut dan hembus nafas kuat-kuat lalu mulut sampai la api terpadam (dalam skrin dia tu ada gamba bomba pegang hose air ke arah api..tapi air tu xsampai pon lepas hembus..udara xcukup..kikiki)  

5. X-ray
Macam biasa je

6. Cek jantung
Yang ni 1st time. Dia tampal2 benda putih bulat-bulat kat seluruh dada dan badan (ala macam orang yang dalam icu selalunya tu) 

7. Ujian air kencing
Kikiki...ni pon ada ceritanya. Diorang suruh tahan kencing sebab nanti masa nak cek organ dalaman, pundi kencing kena penuh. Tapi saya xtahan sangat dah. Jadi nurse2 kat citu pon kelam kabut tukar giliran saya dengan orang lain..haha. Saya pon masukla bilik cek organ dalaman dulu, baru buat ujian air kencing.. (sorry nurse kena berkejar-kejar sikit masa ni demi saya..hehe)

8. Cek organ dalaman (bahagian tengah termasuk breast, hati, limfa, pankreas, perut, pundi kencing, ovari/prostat, rahim etc)
Disinilah...disinilah! saya baru tahu yang saya golongan RU, Retroverted Uterus iaitu Rahim Terbalik. Doktor kata memang sejak lahir, bukan sebab penyakit ke apa. Doktor kata gak bole mengandung, tapi semua tu rezeki Allah yang bagi. Saya masih blurr masa ni tentang RU.

9. Cek kandungan oksigen dalam badan
Macam mana dia cek? Dia suruh kayuh basikal senaman tu. Lepas tu adela bacaannya (semput makkk..kantoi jarang bersenam..haha)

10. Pap smear
Ok siapa yang da tau pap smear ni, bagus lah. Tapi jujur saya cakap, saya xtau! haha..Masa dia suruh tukar seluar dengan kain, dah blurr. Saya ingat pap smear untuk cek kanser payudara. Rupanya nak cek kanser servik! kahkahkah..yang ni memang xtahan gelakkan diri sendiri..hehehe

Oihhh...macam dah panjang je cerita, jangan buhsan ya..kikiki
Okla result untuk screening nanti saya share next entry ya :)))

Daaa~~~~~

Wednesday, 29 October 2014

Retroverted Uterus atau Rahim Terbalik

Pada 11/10/2014 (Sabtu) aritu, saya dan suami buat full body check up kat I-Heal Medical Centre Mid Valley. Cerita penuh sepanjang screening tu dan result semuanya saya akan share pada entry yang akan datang..insyaAllah...

Cuma satu yang saya nak share dalam entry ni, tentang RU - Retroverted Uterus.
Apakah itu retroverted uterus @ rahim terbalik?



Rahim terbalik ialah kedudukan rahim yang condong kebelakang manakala bagi rahim normal lazimnya mencondong sujud ke hadapan. Menurut kajian, 20% kaum wanita didapati memiliki rahim yang terbalik atau dikenali juga sebagai 'tipped uterus', 'retroverted uterus' atau tilted uterus', manakala 80% memiliki rahim yang normal.

Oh? maksudnya saya adalah golongan yang special 20% tu!! Doktor yang scan rahim saya tu kata rahim saya mengadap ke belakang @ RU. Subhanallah..semua tu kejadian Tuhan. Sekarang saya tengah cuba cari info tentang RU, terutamanya untuk mendapatkan zuriat. Sebab apa yang saya baca buat masa sekarang, golongan RU ni kena ada special action untuk dapatkan zuriat. Cara biasa susah nak lekat orang kata. Tapi apep0n, semua tu kuasa siapa? Kuasa Allah..kita hanya mampu berusaha berdoa dan bertawakal ya :)

Saya tengah mencari geng2 RU sekarang ni...anda pon? jom jadi geng! hehe

Saya golongan RU dan saya special ;)


Sunday, 28 September 2014

ESP, Cinta Pertamaku

Ok, entry ni saya nak cerita sikit tentang produk shaklee..

Produk pertama shaklee yang saya makan, sampai la saya jatuh cinta pada shaklee adalah.....ESP!!! Apa tu ESP? Energizing Soy Protein..
Saya nak berkongsi, macam mana saya boleh jatuh cinta dengan ESP. Sejujurnya, saya tak pandai telan pil. Tapi saya nak sangat makan supplemen.
Dulu saya sangat tak percaya supplemen2 ni. Apa yang membuatkan saya berubah? Saya akan cerita dalam entry yang berikutnya...

ESP...

Macam mana saya kenal ESP?
Bakal mak mertua saya (sekarang da jadi mak mertua) yang suruh minum.
Masa tu saya kena gastrik. Alhamdulillah, lega sikit.
Dipendekkan cerita, sejak dari kejadian tu, saya kaji dan kaji kebaikan ESP ni.
Dan saya rasa, saya dah jumpa supplemen yang sesuai (lebih tepat, yang tak perlu ditelan!!)
 
Saya pon mula berjinak2 beli ESP :)

4 July 2013, 1st order saya sampai. Hingga kini (September 2014), masih setia dengan cinta pertama saya dalam Shaklee, ESP :)))

Ni la ESP pertama saya. Excited delivery ke office. Terus snap pic..kikiki

Alhamdulillah~ :)

Saturday, 27 September 2014

Klinik Pakar Wanita Suria

Hai semua..seperti yang dijanjikan, harini nak update apa hasil pegi check kat klinik tadi..sebenarnya nak check pagi, tapi rupanya doktor tu ada malam je..siang ada kat Hospital Pantai Cheras..jadinya, buat appointment malam la..saya dan suami pon balik semula pagi tadi...
Nak dijadikan cerita, dan-dan la malam ada appointment, pukul 6.30 petang camtu ada darah keluar.. (oihhh??) punyala nak sedapkan hati, bleeding je kot ni sebab kemas-kemas dan buat keja berat sikit tadi..tapi rasa senak-senak..ah sudah..macam period ni!

Tapi kami amek keputusan nak teruskan je dengan appointment tu..if memang xde rezeki, sekurang-kurangnya bole tanya-tanya pendapat doktor dan check rahim ok ke x..bila scan, rahim kosong je pon..huuu, agak sadis disitu..lom ada rezeki lagi..tapi agak pelik kenapa la lewat sampai 2 minggu lebih tu? xpernah terjadi ni...

Doktor kata mungkin sebab hormon..alahai hormonku, kenapakah dikau..huhu..sebelum bersurai tadi, doktor sempat la bagi formula-formula matematik..eh?? hehe..formula-formula penting la..isk segan la nak kabo..haha...

Sekian, itu saja update dari saya..walaupun agak sedih sebab lom ada rezeki anak, tapi saya bersyukur sebab rahim saya sihat..bebas cyst or fibroid..Alhamdulillah..insyaAllah satu masa nanti, akan ada rezeki buat kami juga..aminnn :)

Ni details klinik tu..nice, dr. suriati tu baik :)


Klinik Keluarga & Klinik Pakar Wanita Suria
Jalan Damai Raya, Alam Damai
No Tel: 03-91057620 

(if nak datang, telefon dulu dan buat appointment..doktor ada dalam kol 6.30 petang sampai kol 10 malam..selasa khamis tutup ya..)

Friday, 26 September 2014

Debaran Hari Esok

Apa yang berdebo sangat esok tu? hehe
Nak dipendekkan cerita, esok hari yang ke51 dari tarikh last period...
So dapat hint sikit2 x pasal apa? ;)

Buat apa nak debo kan? check jela guna test kit..haa, tu la yang debonya! dah check tiga kali lepas dari tarikh sepatutnya datang period, tapi tiga2 negatif (xkeluar 2 lines..sepatutnya kalau positif pregnant, ada 2 lines)

Jadi, esok cadang ngan encik suami nak pegi klinik, untuk direct scan sama ada pregnant atau x..tu yang debo tu oiii! hehe..tapi apep0n, Allah lebih tau apa yang terbaik buat hambaNya..apep0n keputusan esok, harap kami redha dengan segala ketentuan Allah..insyaAllah...

Korang semua doakan ya!! kami da kawin nak masuk 9 bulan..harapnya kali ni ada la rezeki zuriat buat kami..amin..esok saya update result ya!! 

PrayForHernizaSazali~ :) 

Mukadimah

Assalamualaikum...

Hai semua para pembaca!! :)

Alhamdulillah, akhirnya lahir juga blog kepunyaan saya..happy sangat!! kenapa?
Sebab dah bercita2 sejak dari zaman universiti dulu lagi nak buat blog, tapi sekarang baru sempat 'beranak'..hihi..lama kan? :D

Apep0n, selamat datang ke blog saya!! 
InsyaAllah, saya akan kongsikan banyak kisah2 yang menarik untuk tatapan kalian...
(yeke? ke untuk tatapan sendiri lagi 20 30 tahun? hehe...

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian saya nanti..insyaAllah :)

Happy Reading~ :)